Role Playing Games ataupun dalam bahasa melayunya permaina yang berdasarkan watak adalah salah satu permainan yang paling banyak dimainkan walaupun sebelum permainan komputer telah diperkenalkan di dalam industri ini. Kembali kezaman permainan seperti Dungeons and Dragon, permainan berdasarkan RPG telah dikenali ramai dan mempunyai jutaan peminat diserata dunia dan semenjak daripada itu permainan jenis ini tidak pernah berhenti dikeluarkan. Pada hari ini permainan digital telah pun berkembang dan meneruskan gaya tersebut dan mempunyai ramai pengikut juga. Semak melalui kategori atau bahagian ini untuk mengetahui pelbagai jenis permainan RPG dan di mana anda dapat mencari talian dan sumber untuk kumpulan atau komuniti yang bermain dan acara pertandingan permainan yang berdekatan dengan anda.
