Bahagian ini adalah khas direka untuk para pemain permainan yang terdapat di dalam Malaysia. Anda boleh menghantarkan permintaan anda untuk menubuhkan kelab anda sendiri di sini. Kami mempunyai senarai nama kela pemain di dalam bahagian ini untuk anda semak dan anda boleh memilih tarikh untuk membuat cabaran anda sendiri.
Di dalam bahagian ini. Kami akan menyediakan juga tempat untuk anda meletakkan profil anda, profil anda termasuklah gambar, perhiasan dan sedikit penerangan tentang diri anda sendiri dan juga permainan apakah yang paling anda mahir untuk dimainkan. Kemudian anda akan dapat bercampur dan bertalian dengan para pemain di serata Malaysia dan anda akan mula berkomunikasi dengan dengan satu sama lain di mana anda dapat berkongsi pandangan, pegalaman dan kemahiran sesuatu permainan. Ini adalah talian yang paling baik untuk anda bertemu dan berkenalan antara satu sama lain di mana ianya telahpun aktif dan telah digunaka secara meluas oleh para pemain dan kebanyakan ahli kami telah pun menubuhkan kumpulan permainan mereka sendiri.
Dalam talian social di games.com.my adalah dalah satu yang menyediakan rakyat Malaysia ruang khas untuk pemain seperti anda. Adalah baik bagi anda untuk memiliki sendiri profil tersendiri dan kami menganjurkan pertandingan yang sihat untuk anda. Kami telah menyediakan ruang di dalam profil “Invite for a match”. Jika anda berbuat begitu dan lawan anda setuju, kami di games.com.my akan menjadi pengadil kepada permainan anda. Jika perlawanan anda cukup tinggi profilnya, dan kami akan menjadi host hanya untuk permainan anda sahaja. Jadi sentiasa aktif di dalam laman web ini dan kami di game.com.my akan membawa pengalaman anda ke peringkat yang lebih tinggi.
Games.com.my akan mengadakan pertandingan dalam jangka masa tertentu untuk para ahli di dalam komuniti ini di mana yang telah berdaftar sahaja layak menyertainya. Sentiasalah mengambil tahu hal yang terkini untuk acara yang akan dating di games.com.my.
